Mutiara Kata

Daya usaha adalah kunci untuk insan mencari kemajuan, keinginan dan kekayaan dengan syarat ada keinginan dan tujuan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi. -Saidina Ali-

 
Home
SAMT Hisamuddin Jalan Kota Raja
Penggal Persekolahan Tahun 2010 PDF Cetak emel
Ditulis oleh SAMT Sultan Hisamuddin   
Rabu, 06 Januari 2010 05:49

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM,

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Selasa, 8 September 2009, bersamaan 18 Ramadan 1430H

 

Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya.

Baca Lagi...
 
Salam AidilAdha 1430H PDF Cetak emel
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 27 November 2009 00:35
basmalah

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokatuh..

Alhamdulillah, segala puji dan syukur sama-sama kita rafakkan ke hadrat Allah SWT, di atas nikmat Iman dan Islam yang masih kita kecapi pada hari ini. Puji dan syukur juga kita panjatkan kepada-Nya kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk meneruskan ketaatan kita sebagai hamba-Nya yang daif. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, Nabi Muhammad SAW telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu Eid al-Adha dan Eid al-Fitr”
(HR AbuDaud & an-Nasaei)

Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah hari kebesaran umat Islam dan kita diseru bertahmid dan bertakbir ketika meraikannya.  Keagungan Aidiladha yang sarat dengan sejarah dan iktibar harus dicernakan oleh setiap manusia yang mengaku muslim.

SALAM AIDILADHA 1430H

HAJJAN MABRURAN WA SA'YAN MASYKURAN

KULLU AAM WA ANTUM BIKHAIR

MINAL AIDIN WAL FAIZIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430H

Marilah kita bersama-sama umat Islam yang berhimpun ditanah suci Mekah al-Mukarramah kerana mengerjakan ibadah haji, berhimpun ditempat terletaknya kiblat umat Islam diseluruh dunia apabila mengerjakan sembahyang, menyembah Tuhan Yang Esa. Walaupun umat Islam ini terdiri daripada perbagai bangsa daripada seluruh dunia disetiap pelusuk benua, bercakap dengan pelbagai bahasa, tetapi Allah mewajibkan mereka bersatu padu diatas Iman yang ada didalam diri mereka. Sesungguhnya Allah menjadikan orang-orang Islam itu bersaudara.

Firman Allah S.W.T. :

al-hujurat-10

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dikalangan saudara-saudara kamu. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."

[al-Hujurat : 10]

Apabila tiba AidilAdha, ulama'-ulama' seringkali memperingatkan kita tentang peristiwa qurban yang berlaku diantara Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S.. Maka bersempena dengan Hari Raya AidilAdha ini, marilah kita memperingati kembali kisah pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim A.S. untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dan iktibar sepertimana yang dinyatakan oleh Allah S.W.T. didalam firman-Nya :

mariam-41

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) didalam kitab (al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi nabi."

[Maryam : 41]

 

Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 27 November 2009 00:37
Baca Lagi...
 
Salam Aidilfitri 1430h PDF Cetak emel
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 20 September 2009 12:57

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

Pertamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan serta nikmat iman dan Islam kepada kita semua. Ramadhan tahun ini akan berlalu beberapa ketika saja lagi.. Alhamdulillah, kita dipertemukan dengannya. Semoga kita akan dapat bertemu di Ramadhan akan datang, berdoalah, “Allahumma Ballighni Ramadhan”.. Hari ini, kita telah menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan, dan kita akan menyambut ‘Eid Mubarak Sa’eid ataupun Hari Raya Aidilfitri sebagai satu tanda kemenangan kita dan kesyukuran kita terhadap nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepada kita.

Dengan kembalinya kita kepada keadaan fitrah iaitu dalam keadaan suci disebabkan mendapat keampunan Allah SWT setelah berjaya menempuh ujian disepanjang Ramadhan, maka sewajarnya kita mempertingkatkan ketaatan dalam melaksanakan perintah-perintah Allah SWT serta menjauhi larangan-larangan-Nya dengan ikhlas dan berharap benar akan keredhaanNya. Di samping itu kita juga hendaklah meningkatkan amal bakti kepada masyarakat dengan bekerjasama, bantu-membantu dan sebagainya. Ini kerana dengan demikian sahajalah, keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikecapi dan dinikmati, yang akhirnya membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan.

SALAM AIDILFITRI 1430H
KULLU AAM WA ANTUM BIKHAIR
MINAL AIDIN WAL FAIZIN AL-MAQBULIN

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

 

Terakhir dikemaskini pada Ahad, 20 September 2009 12:59
Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 Seterusnya > Tamat >>

Halaman 1 daripada 4

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Galeri

PIPP 2006-2010

Ulti Clocks content



 
 
 

Polls

PPSMI : Wajarkah ditentang?
 

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini14
mod_vvisit_counterSemalam72
mod_vvisit_counterMinggu Ini14
mod_vvisit_counterMinggu Lepas371
mod_vvisit_counterBulan Ini598
mod_vvisit_counterBulan Lepas1039
mod_vvisit_counterJumlah Semua8657

Tetamu ditalian : 10
Your IP: 38.107.191.97
,
Now: 2010-03-14 10:41

Paparan Terbaik

Sila Gunakan Firefox

Resolusi 1024 x 768

 
 
 
 
Pautan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
 
uiamuitmukmumunimasuniversiti-malaysia-sabahupmupsiusmutmuumKUIMkuitthokuktemkukumkustemoum
 
 

 
 
SAMT Hisamuddin Jalan Kota Raja
41000 Klang Selangor Darul Ehsan
email : admin@samth.bpi.edu.my